Cinta Berputik Di GV7, Ashira Dab Bad Indigo Bakal Nikah Selewatnya Mac Ini

Siapa sangka, program realiti nyanyian Gegarvaganza 7, yang berlangsung pada penghujung tahun lalu telah membuka ruang untuk dua penyanyi menjalin cinta dan akan menamatkan zaman solo masing-masing tidak lama lagi.

Bad Indigo atau nama sebenarnya Badru Izhan Yeop Abdullah memaklumkan bahawa dia telah jatuh hati pandang pertama ketika bertemu dengan Ashira pada GV7 tahun lalu.

Jadi, selepas menduda hampir 10 tahun, dia mengambil keputusan bernikah dengan Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35  selepas menyenangi kepribadian wanita itu.

“Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatvh cinta pandang pertama kepadanya.”

“Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.”

“Sikap kelakar dan penyayang Ashira merupakan antara sebab saya jadi lagi terpaut padanya. Bukan sahaja dengan saya, dengan orang lain pun saya nampak dia seorang yang sangat mengambil berat.” Jelasnya ketika dihubungi.

Tambah ahli kumpulan Indigo itu lagi, dia sudah bertemu dengan keluarga Ashira untuk memaklumkan tujuan menyunting penyanyi itu dan ahli keluarga mengizinkan.

Anak-anaknya serta anak Ashira turut memberi restu dan gembira dengan perancangannya untuk bernikah.

Setakat ini, pasangan tersebut telah menghantar surat permohonan untuk bernikah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan berkemungkinan akan bernikah selewatnya bulan Mac.

“Kami dah hantar borang permohonan nikah secara online dan sekarang tunggu jawapan daripada JAIS. Sekiranya terdapat kekosongan slot pada bulan Mac nanti.” Ujar Bad

Terdahulu, Bad yang juga pernah mendirikan rumahtangga pada 2007 telah dikurniakan dua orang anak. Selepas tiga tahun, dia dan bekas isteri mengambil keputusan untuk bercer4i.

Manakala Ashira pula merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun hasil perkahwinan sebelumnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : KL Press

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *