Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Anak Sheila Rusly

Sebentar tadi, pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mengejvtkan ramai apabila memuat naik sekeping foto memaparkan sedang memeluk seorang wanita mengenakan busana putih.

Diruangan komen, rata-rata netizen meneka wanita itu merupakan pelakon Elisya Sandha yang juga kekasih hati anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Bagaimanapun, tiada sebarang perkongsian di muat naik oleh Elisya di Instagram. Namun, di bahagian ‘tagged’ Instagram miliknya, seorang jurumekap ada berkongsi gambar pelakon itu tampil cantik selepas disolek olehnya. Malah, busana yang digayakan oleh Elisya sama seperti wanita yang dipeluk oleh Shiela.

Apa pun kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Sheila dan Elisya nanti. Jika benar perkhabaran tersebut, tahniah kami ucapkan buat Shiela serta Elisya serta pasangannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *