“Saya Tak Berani Buka, ”K3s C0VID-19 Meningkat Setiap Hari, Bonda Rozita Umum Tutup Rumah Hutan Sehingga…

Berikutan k3s baru C0vid-19 yang semakin meningkat saban hari, usahawan, Bonda Rozita memutvskan untuk menghentikan operasi Rumah Hutan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.

Menurut Rozita, meski pun keadaan ekonomi ketika ini agak tidak menentu namum, dia tetap menyifatkan keputusannya itu adalah untuk kebaikkan bersama.

“Makin banyak k3s C0vid 5725 (k3s baru harian). Walau susah tak ada bisnes, saya tak berani buka rumah hutan. Biarlah bertahan sampai lepas v4ksin datang,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhemah dan berjimat cermat terutamanya ketika menghadapi detik sukar ini.

“Jika anda dapat mana-mana duit dari I-sinar atau mana-mana KWSP, simpan berjimat untuk keperluan makan minum. C0vid ni kita tak pasti berakhirnya bila,” jelasnya lagi.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Rozita menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Rumah Hutan merupakan servis h0spitaliti berkonsepkan spa resort yang terletak di Batang Kali, Selangor.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : KL Press

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *