
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad berkongsi momen kejadian lucu yang berlaku kepadanya ketika mengendalikan segmen tajaan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) tengah hari tadi.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan Uyaina dalam Instagramnya, dia kelihatan hampir jatvh ketika berdiri di atas platform studio.
“Kadang-kadang, perkara burvk berlaku ketika siaran langsung. Kita mampu gelak sajalah,” tulisnya.
Perkongsian pengacara berusia 29 tahun itu menerima pelbagai respons daripada peminat termasuk rakan artis yang bersimpati dengannya selain ada yang menyifatkan kejadian tersebut sesuatu yang melucukan.
Menjawab komen daripada seorang peminat, pelakon drama Perempuan Tanpa D0sa itu menjelaskan keadaan tersebut berlaku disebabkan dia bergerak selangkah ke belakang sehingga kakinya terkeluar daripada platform.
“Untuk segmen tajaan, kami (pengacara) berdiri atas platform. Tadi Yana undur satu langkah ke belakang dan terkeluar kaki dari platform sebelum terpeIeco,” jelasnya.
Namun begitu, peminat memuji sikap profesional Uyaina yang berjaya mengawal keadaan dan meneruskan pengacaraan seperti biasa meskipun hampir jatvh.
Malah kejadian berkenaan turut mencvri perhatian kekasih Uyaina iaitu penyanyi Raja Syahiran yang menyifatkan teman wanitanya tetap kelihatan comel.
“Jatvh pun comel, aduh,” tulis Raja Syahiran.
Pada masa sama, pengacara Maria Tunku Sabri berkata, kejadian sebegitu selalu terjadi kepada mana-mana pengacara ketika mengendalikan sesebuah program siaran langsung.
“Tak apa. Perkara ini jadi kepada semua hos,” tulisnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Kosmo Online