Dakwah Ustaz Ebit Lew Ke Sabah, 157 Orang Bajau Laut Masuk IsIam

Ustaz Ebit Lew, adiwira Malaysia tanpa uniform. Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti kemasyarakatan yang beliau lakukan.

Tak kira umur, tak kira bangsa, tak kira agama, semuanya beliau ingin bantu. Tak dapat banyak, sedikit pun sudah cukup bagi beliau asalkan dapat membantu orang yang memerlukan.

Terbaru, dalam perjalanan beliau dan pasukannya untuk misi bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Kunak, dan Semporna di Sabah, mereka berpeluang untuk bertemu dengan suku Bajau Laut.

Niat asal ustaz dan pasukannya adalah memberi bantuan kepada mereka. Tiba-tiba, ramai yang bertanya tentang ketvhanan.

Alhamdulillah, seramai 157 orang telah mengucap syahadah sekaligus memeIuk Islam. Besar sungguh usaha dakwah Ustaz Ebit Lew sehingga mampu menarik minat suku kaum itu.

Untuk makluman anda, suku kaum Bajau Laut bukanlah memiliki kerakyatan warganegara Malaysia. Antara sebabnya adalah kerana gaya hidup mereka yang tinggaI di rumah perahu secara tidak sengaja dan telah ketinggalan daripada mendapat inisiatif p0litik dan bir0krasi untuk memproses identifikasi.

bajau laut

Kemudian, terdapat keluarga Bajau Laut yang berulang-alik antara Sabah dan Filipina sejak, atau bahkan sebelum Per4ng Dunia Kedua. Malaysia mempunyai prasyarat yang ketat untuk mendapat kewarganegaraan, seperti sijil perkahwinan dan sijil keIahiran anak. Tetapi orang-orang Bajau Laut di rumah perahu ini biasanya tidak mempunyai sijil perkahwinan, dan walaupun mereka memilikinya, ia mungkin tidak diiktiraf secara rasmi.

Untuk mendaftarkan keIahiran, pengesahan dari h0spital mesti diperoleh, atau sekurang-kurangnya dari bidan atau doktor. Disebabkan itu, ramai Bajau Laut terperangk4p dalam kitaran kej4m tanpa kewarganegaraan dari generasi ke generasi.

Maka, kita semua harus kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan pasukannya. Sekiranya kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, cukuplah dengan sedekah doa agar usaha mereka dipermudahkan oleh Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *