Neelofa Akui Imannya Bertambah Setiap Kali Baca Terjemahan Al-Quran

Umum mengetahui, baru-baru ini selebriti terkenal Neelofa baru sahaja melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik dikenali sebagai TheNoor.

Aplikasi tersebut dilengkapi pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Indonesia.

Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsikan pengalaman ketika merakam keseluruhan terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu.

Neelofa berkata ianya pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Malah, setiap kali proses rakaman dia akan tersentvh apabila membaca kalimah Allah.

“Saya masih ingat setiap kali proses rakaman, hati saya pasti tersentvh apabila membaca berulang kali kalimah Allah. Satu perasaan yang sukar untuk saya jelaskan. Malah, ada masa hati saya terjent1k dan mudah tersentvh.

“Saya boleh katakan, ia pengalaman yang cukup bermakna dan luar biasa. Setiap kali saya baca terjemahan al-Quran, dapat dirasakan ada penambahbaikan dalam iman dan apabila selesai rakaman hati saya pasti berasa tenang serta lega,” katanya.

Difahamkan, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menepati syariah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *