Sheila Rusly Maklum Anak Sulung Bertunang Dengan Elisya Sandha – “Ikut Perjanjian, Mereka Akan Disatukan Awal Tahun Depan.”

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang Ahad.

Majlis yang disambut secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha.

Memetik Berita Harian, Sheila mengakui rasa gembira  dengan ikatan pertunangan melibatkan pasangan sama cantik sama padan itu.

“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” katanya.

Sheila turut menjelaskan, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.

“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” katanya lagi.

Berkongsi pilihan hati anaknya itu, Sheila meyakini bintang drama Misteri Mona itu mampu membahagiakan anak pertamanya itu.

“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” katanya.

Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Hari bahagia Haq dan Elisya turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial masing-masing.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *