“Something New In My Life,” – Terus Lebarkan Sayap, Pelakon Riena Diana Bakal Kendalikan Segmen Pagi Hot FM

Selepas mengorak langkah dalam dunia lakonan dan pengacaraan, kini pelakon, Riena Diana sekali lagi melebarkan sayapnya apabila kini tampil bergelar penyampai radio pula.

Perkara tersebut diumumkan sendiri syarikat stesen radio swasta, Hot FM menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Pelakon drama, Kampung People itu bakal bergandingan bersama rakan penyampai Haziq Hussni dan Deen untuk segmen pagi sepanjang minggu ini.

“Surprise from Lailerrr! Hahaha @rienadiana_ nak caras job @deen_hotfm & @haziq_hotfm minggu ni. So guys, jangan lupa dengarkan Deen, Haziq & Riena on air sepanjang minggu ni dari 6 pagi hingga 10 pagi! Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa,” tulisnya pengendali akaun tersebut.

Riena yang memulakan tugasnya pada pagi ini mengakui berasa sangat terh4ru kerana diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru buat dirinya.

“Alhamdulillah everything went well this morning! Thanks @hotfm976 for the opportunity this week dapat jadi radio announcer. Something new in my life & thanks to u both @deen_hotfm @haziq_hotfm jugak, u guys r awesome!

“Jangan lupa dengarkan kami esok pagi 6-10am di hot fm 97.6,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tervja dengan pengumuman tersebut selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Riena.

Sebelum ini, segmen pagi radio berkenaan iaitu Geng Pagi Hot dikendalikan oleh gandingan Syuk Sahar, Shuib dan Fizie.

Bagaimanapun, ganding tersebut dikhabarkan akan direhatkan seketika bagi memberi ruang buat pihak pengurusan menjalankan sias4tan dalaman berhubung isv yang membabitkan Shuk seperti yang tuIar baru-baru ini.

Manakala, Shuib Sepahtu pula baru sahaja mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan bagi memberi lebih tumpuan terhadap perusahaannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *