Enggan tvnda majlis kahwin

PENYANYI Ernie Zakri sebolehnya tidak mahu menvnda majlis pernikahan dan perkahwinan yang sudah dirancang tahun ini dengan tunangnya yang juga penyanyi, Syamel.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Boneka itu berkata, dia dan Syamel akur dengan situasi pandem1k C0vid-19 selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu.

Enggan memperincikan dengan tepat bila mereka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri, finalis Anugerah Juara Lagu ke 35 (AJL 35) menerusi lagu Gvndah itu hanya berharap segalanya dipermudah.

“Setakat ini baik saya dan Syamel, belum terfikir untuk menangguh majlis kahwin kami biarpun tahu keadaan semasa pandem1k di negara kita.

“Sebolehnya kami tak mahu menunda majlis kahwin. Apa saja yang dirancang kelak kena betul betul mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Persiapan kahwin pun hampir siap sebenarnya. Memang tak mahu lengahkan hari bahagia kami. Cuma dalam perkara ini, kita hanya merancang, Tuhan menentukan. Apa saja boleh terjadi menjelang detik yang dinanti. Sebab itu saya sendiri tak boleh beritahu dulu apa yang dirancang,” katanya.

Dalam masa sama, Ernie mengakui bimb4ng dengan k3s pandem1k ini yang meningkat naik hampir setiap hari.

“Situasi tak terjangka ini juga antara penyebab yang menyukarkan saya untuk memberi pengesahan tepat mengenai hari bahagia kami. Bukan nak main tarik tali atau apa sekalipun, cuma apa saja kemungkinan boleh terjadi,” katanya.

Ernie berkata, mengadakan majlis secara besar besaran di saat kemeIut meIanda dunia dan negara ketika ini bukan sesuatu yang perlu diutamakan.

“Sekarang pun masih PKP. Jadi hari bahagia kami nanti, dapat raikan bersama keluarga, sanak saudara dan teman rapat dikira memadai.

“Cukup dianjurkan majlis nanti dengan skala kecil kecilan membabitkan keluarga masing masing. Malah saya dan Syamel masih nak mempertimbangkan senarai tetamu lain yang mahu dijemput.

“Tak mahulah pula nanti, situasi semasa dan andai k3s menurun, majlis yang kami rancang itu nanti pula dianggap penyebab kepada hal tak diingini. Minta simpanglah semua itu,” katanya.

ERNIE harap majlis nikah dipermudahkan.

Ernie yang bertunang dengan Syamel pada 16 Ogos tahun lalu turut menjelaskan yang kesediaannya membeli rumah baharu bukan sebagai alasan mahu berkahwin semata mata

“Ia seperti dipermudahkan. Saya berjaya membeli rumah sendiri sebelum kahwin. Saya pernah mensasarkan untuk beli rumah pada usia 27 ke 28 tahun. Alhamdulillah saya berjaya mencapainya

“Kini saya sudah berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Semua bagai tersusan cantik dan tepat seperti yang dirancang,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *