‘Lailer’ jual laksa resipi nenek, jadi ‘back up’ jika PKP dilanjutkan – “Saya tahu ada juga artis lain meniaga laksa tapi masing-masing ada rezeki tersendiri”

MENGAKUI bosan duduk terperap di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Riena Diana memanfaatkan kepakarannya dalam membuat laksa bagi meraih pendapatan sampingan sejak Januari lalu.

Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, berkata dia merupakan seorang yang tidak boleh duduk terlalu lama di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Jadi, pelakon ini mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan menjual laksa resipi turun-temurun daripada neneknya, Fatimah Matsom, 69.

“Saya seorang yang tidak boleh duduk diam dan sepanjang tempoh PKP ini memang tiada sebarang penggambaran berlangsung.

“Daripada situ, saya berbincang dengan nenek dan akhirnya kami sepakat nak jual laksa. Sambil-sambil nak hiIangkan bosan duduk di rumah, dapat juga saya meraih pendapatan sampingan.

Sepanjang tempoh PKP, Riena menghabiskan masa dengan menjual laksa.

“Saya risau juga kalau PKP kali ini dilanjutkan, duit akan merosot sebab hari-hari kita guna dan tiada cara untuk kita rolling dapatkan duit balik,” katanya.

Menurut Riena yang cukup popular dengan watak Lailer menerusi drama komedi Kampung People, dia menjual laksa pada harga RM10.90 sebekas yang mana turut disertakan dengan seekor ikan.

Riena berkata, dia bukan sekadar mahu berniaga sebaliknya turut sama berniat untuk berbuat amal dengan memberi sebahagian hasil jualan kepada golongan yang memerlukan.

“Masa awal-awal buka order, saya jangkakan hanya dapat jual dalam 10 bekas pun dah okey tapi Alhamdulillah ia dapat sambutan menggalakkan.

Laksa yang dijual Riena mendapat sambutan menggalakkan.

“Sekarang saya dan nenek cuma hadkan sehingga 150 bekas sehari supaya rasa laksa itu tidak lari selain nak elakkan kami terlalu penat.

“Saya dan nenek juga dah berniat akan sumbangkan sebahagian hasil jualan pada golongan yang memerlukan seperti anak y4tim dan orang sus4h berhampiran rumah kami pada setiap bulan agar kami sama-sama dapat berkongsi rezeki,” katanya.

Riena juga berkata dia tidak tergug4t dengan perniagaan makanan yang turut diusahakan selebriti lain sebaliknya yakin dengan rezeki masing-masing.

“Saya tahu ada juga artis lain yang meniaga laksa tapi bagi saya masing-masing ada rezeki tersendiri.

“Saya sendiri pun akan beli dan sokong perniagaan yang dijalankan oleh selebriti lain, sama-sama saling membantu orang kata,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *