Misi Bantuan Ebit Lew Di Sabah Terp4ksa Dihentikan Namun Enggan Kongsi Arahan Dari Siapa

Bila sebut sahaja tentang bantuan, tidak din4fikan nama Ebit Lew pasti akan menjadi sebutan ramai. Insan hebat ini tidak pernah kenal erti penat untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini Ebit Lew menjalankan misi kemanusiaan di beberapa kawasan di Sabah. Lebih menjadi perhatian, pendakwah itu berjaya mengislamkan 490 orang komuniti Bajau Laut yang tiada agama dan negara sebelum ini.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit Lew memohon maaf serta memaklumkan terp4ksa menghentikan misi bantuan kepada penduduk di Semporna, Sabah.

Menurut Ebit lagi, beliau dimaklumkan juga bahawa hukvman boleh dikenakan dimana dend4 sebanyak RM100,000 atau penj4ra selama tiga tahun. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan siapa yang mengeluarkan arahan agar tidak meneruskan misi bantuan berkenaan.

“S4yu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukvman boleh dikenakan didend4 100 ribu atau penj4ra 3 tahun.

Saya minta maaf,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit berkata beliau juga terp4ksa menaggvhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat untuk kegunaan masyarakat setempat yang telah dirancang.

“Saya terp4ksa menanggvhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya.

“Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu. Dari bot jer bagi bantuan. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” katanya.

Diakhir perkongsian itu, Ebit berkata disebabkan tidak dapat meneruskan misi tersebut di pulau-pulau di Semporna, beliau mengambil keputusan untuk terus ke Tawau untuk memberikan sumbangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *