“Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” – Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu

Penyanyi Siti Sarah ada memuat naik satu hantaran di dalam bentuk video yang merakamkan aksi kandid suaminya, Shuib sedang membantu seorang peniaga menguruskan jualan nasi lemak.

Sarah menerusi ruangan kapsyen sejujurnya menjelaskan, inilah sikap suaminya yang disifatkan gemar bersedekah, tidak ada perasaan hasad d3ngki, tidak tahu penat dan tak pandai cvri tulang.

“I nampak posting kat IG u pasal support peniaga. I tau niat u sangat baik. Video ini je menunjukkan u suppport peniaga lain.

“Alhamdulillah… sebenarnya ramai rakan2 baik tanya “Ib cer aja aku cam mana kau buat sampai berjaya?” tapi selalu Shuib cakap “aku tak pandai Allah hantar aku orang yang pandai pandai.. aku tak de daya apa pun …” Ok biar saya yang terangkan.

“Bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya. Saya sendiri pun cvri ilmu dari dia dengan jadi pemerhati. Ni sikap Shuib. No 1 Sedekah, kedua Jangan ada hasad d3ngki, ketiga dia tak tahu pen4t tu apa dan tak pandai cvri tulang,” tulisnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menambah, kalau nak diikutkan banyak lagi yang ingin dikongsikan mengenangkan sikap baik suami terhadap orang lain.

“Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga. Dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu org lain.

“Dalam keadaan PKP sekarang ini, saya tak dapat bayangkan nasib peniaga kecil sedangkan peniaga besar-besar pun banyak yang dah Iingkup.

“Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat. Moga Allah membuka pintu rezeki seluas langit yang terbentang, seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Amin yarabalalamin.

“Kepada yg tanya nasi lemak ni kat mana, kat puchong prima depan petronas. Harga nasi lemak serendah RM1,” tulisnya panjang lebar.

Rakaman video tersebut sehingga kini mendapat pehatian ramai dengan menerima lebih 200,000 view beserta komen yang pelbagai termasuk daripada rakan selebriti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *