Nabil Ahmad Menangis Seb4k Dengar Cerita Ustaz Ebit Lew

Semalam, program MeleTOP menjemput tetamu istimewa iaitu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew secara atas talian untuk berkongsikan cerita mengenai misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh beliau.

Menerusi temu bual itu, Ustaz Ebit turut bercerita tentang sedekah serta permulaan beliau melakukan kerja-kerja amal dan dakwah.

Mendengar cerita perjalanan dakwah Ustaz Ebit, pengacara program tersebuat iaitu Nabil Ahmad seb4k sehingga menitiskan air mata.

Lebih menjadi perhatian adalah jawapan Ustaz Ebit apabila Nabil ada bertanyakan apa yang membuatkan pendakwah itu terus istiqamah untuk membantu orang ramai.

“Saya ingat daripada saya usia 12 tahun, selalu cikgu saya ajar, doa ‘Ya Allah jadikan saya matahari kebaikan untuk manusia dalam dunia,” katanya.

Diakhir temubual itu, Nabil turut mendoakan agar misi bantuan Ebit Lew dipermudahkan serta meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan pendakwah tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *