Fauziah Nawi sanggup jumpa Agong, PM

Pelakon veteran, Fauziah Nawi bersedia dan sanggup berjumpa pembesar negara termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran.

Ia susulan hantaran dimuat naik Fauziah di Facebook yang menyuarakan hasrat untuk merafak sembah untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong.

Fauziah ketika dihubungi berkata, hantaran itu ditulis sendiri tanpa p4ksaan mana-mana pihak dengan niat untuk membeIa nasib semua anak seni dari pelbagai cabang.

“Saya tidak kisah kalau Tuanku, Perdana Menteri atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) nak jumpa. Saya akan datang dan tidak takvt pun. Ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua penggiat seni.

“Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Patik ampun kalau salah penggunaan bahasa. Tidak ada siapa suruh tulis.

“Itu saja boleh buat. Mana tahu ada yang nampak hantaran itu dan sampaikan pada Tuanku atau PM (Perdana Menteri). Saya difahamkan sudah ramai kongsikan hantaran itu dan ‘tag’ Tuanku dan PM. Apa saya tulis bukan nak mar4h, tapi memberitahu keadaan sebenar anak seni yang mana kehidupan perlu diteruskan,” katanya.

Fauziah berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januri lalu, semua drama dan telefilem membabitkan dirinya ditangguh.

“Saya tertanya-tanya kenapa kami masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran termasuk aktiviti seni lain sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami semua ikut prosedur operasi standard (SOP). Alhamdulillah, tidak ada lagi kIuster dari penggambaran.

“Mereka yang mempunyai simpanan pun akan habis juga jika perkara ini berterusan. Saya faham sekarang ini semua orang susah. Malah ada yang ‘naz4k’ dari segi kewangan.

“Saya bersuara bukan untuk saya seorang. Kalau untuk saya saja, esok lusa tidak ada makanan, saya hubungi sesiapa pun, Insya Allah mereka boleh bantu. Tapi, macam saya masih ada tanggvngan. Apatah lagi orang lain. “Macam saya, semua ‘job’ terp4ksa ditangguhkan termasuk beberapa projek teater di bawah syarikat saya. Nak buat secara dalam talian bukan mudah. Perkara sebegini kena dibuat secara empat mata. Jadi, saya berharap sangat sekarang ini cari penyelesaian apa yang boleh dibuat,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *