Hampir Setahun Tak Ambil Gaji, Mila Jirin Buat Macam-Macam Bisnes Bayar Gaji Pekerja

Seperti kita tahu, susulan penularan wab4k C0VID-19, boleh dikatakan ramai yang terjej4s pendapatan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banyak perniagaan turut mengalami kervgian.

Bagaimanapun, penyanyi dan usahawan Mila Jirin tidak hanya berpeIuk tubuh dan mengambil inisiatif melakukan pelbagai bisnes demi menjaga kebajikan pekerja.

Meluahkan rasa syukur perniagaan Nasi Arab BIZMILLA semakin mendapat permintaan, Mira berkata gaji pekerja semua dibayar seperti biasa dan sudah hampir setahun dia dan suami tiada gaji.

“Saya buat Pilot Project Re-seller Nasi Arab BIZMILLA di kalangan para pekerja. MasyaAllah tak menang tangan para pekerja saya uruskan. Seronok mereka semua dapat jana pendapatan tambahan.

“Alhamdulillah gaji tetap semua masih dibayar seperti biasa walaupun kewangan syarikat terjej4s. Saya dan suami je dah tak ada salary hampir setahun,” katanya.

Dikrit1k netizen yang kvrang senang melihat perniagaannya itu dan dikatakan tidak menyanyi kerana tidak laku, Mila tidak mudah meIatah kerana ia merupakan asam garam sebagai usahawan dan anak seni.

“Saya ikhlas berniaga kerana Allah. Ini ikhtiar yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan para pekerja kami kekal punya pekerjaan dan gaji. Saya memang dah lama tak menyanyi. Bukan sebab tak laku tapi sebab Allah tak izinkan.

“Saya bersyukur walaupun tak laku dalam dunia seni saya yakin perancangan Allah Maha Hebat. Ada sebab musabab ia berlaku,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *