“Michael Ang suka ambil pelakon sama, Janna Janna Janna… bagilah heroin baharu” – Ini komen baIas pengarah ‘Marry Me, Senorita’

DRAMA terbaharu Marry Me Senorita yang mula bersiaran di Astro Ria pada Selasa menerima pelbagai komen daripada penonton dan netizen di laman sosial.

Selain memuji gandingan mantap pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Schatzmann itu, ada juga penonton yang meluahkan rasa hairan dengan pemilihan heroin dalam drama tersebut.

Menerusi Instagram milik Michael Ang, seorang pengikut bertanyakan mengenai pemilihan Janna Nick yang dikatakan sering menghiasi drama arahan pengarah terkenal itu.

“Michael Ang suka ambil pelakon sama, Janna Janna Janna. Bagilah heroin-heroin baru,” tulis pengikut.

Tidak meIatah dengan komen tersebut, Michael menjelaskan drama tersebut merupakan kerjasama terbaharunya bersama Janna selepas My Coffee Prince pada tahun 2018.

Penonton tanya mengenai pemilihan heroin di Instagram Michael Ang.

“Dah lama saya tak buat drama dengan Janna, dah tiga tahun. Itu pun selalu ke?” jawabnya.

Jawapan balas Michael itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang turut mengakui kagum dengan bakat lakonan Janna Nick yang sememangnya layak diangkat menjadi heroin.

“Janna berlakon best, heroin baru siapa yang boleh berlakon sebaik Janna, sangat berbakat. Lama dah Janna tak berlakon dalam drama Michael.

“Rezeki masing-masing, Michael cuma perantara je, sabar sis… jangan bitt3r sangat! Kebetulan muka Janna banyak kat TV, semua tu rezeki,” komen pengikut yang lain.

Mengulas mengenai lakonannya dalam drama tersebut, Janna Nick berkata proses penggambaran agak sukar kerana dia perlu bergandingan dengan kekasihnya sendiri.

“Ini merupakan antara drama yang amat sus4h untuk saya lakonkan kerana hero utama merupakan pasangan saya sendiri di luar set. Karakter dan personaliti dalam drama ini sangat berbeza dan memang berlawanan dengan karakter sebenar kami lalu mewujudkan perasaan kek0k di antara kami.

Janna akui sukar bergandingan dengan teman lelakinya dalam drama ini.

“Tidak din4fikan kami memang mempunyai ch3mistry kami di luar set lakonan tetapi bila harus dibawa ke dalam drama, ia sangat sukar untuk diterjemahkan.

“Dalam masa yang sama, saya juga perlu sentiasa alert dengan dialog yang dilontarkan oleh Dini sebab kita sedia maklum bahawa Bahasa Melayu Dini masih lagi dalam proses pembelajaran. Di samping perlu berjaga-jaga dengan dialognya, saya juga kena menjaga karakter saya,” katanya.

Selain Janna dan Dini, drama ini turut dibintangi oleh Shaza Bae, Datuk Jalaludin Hassan, Yasmin Hani, Datin Fadilah Mansor, Raja Azura, Meerqeen dan Daler Yusuf.

Drama ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam menerusi slot Megadrama saluran Astro Ria.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *