‘Saya Syaza Amira, bukan Wany Hasrita’

“Saya hanya berkongsi pengalaman dan kelebihan berbahasa Mandarin, tidak sangka pula wajah saya turut menjadi perhatian apabila ramai warganet menyamakan saya mirip Wany Hasrita,” kata Syaza Amira Azahar, 27.

Kefasihan dan raut wajah Syaza Amira menjadi bualan warganet selepas videonya berkongsi pengalaman dalam bahasa Mandarin di TikTok sejak 2 Februari lalu meraih lebih setengah juta tontonan.

Syaza Amira mengakui, memang kerap menjadi perhatian di tempat awam apabila ramai menyangka dia penyanyi berkenaan.

“Ada dua peristiwa lucu tidak dapat saya lupakan antaranya pengalaman terserempak dengan Hael Husaini di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

“Ketika rakan saya mahu merakam gambar kenangan bersamanya, penyanyi itu menyoal mengapa muka saya macam Wany Hasrita.

“Kemudian satu lagi peristiwa lucu apabila saya dit4han dalam satu sekatan jalan raya semata-mata kerana poIis itu saja mahu melihat saya yang disangkanya Wany Hasrita,” katanya.

Mengulas mengenai video itu, menurut anak sulung daripada dua beradik ini, niatnya memuat naik video berkenaan sekadar hiburan selepas menyahut sebuah cabaran berkongsi pengalaman individu lain berkata sesuatu menggunakan bahasa lain.

Katanya, dia terkenangkan peristiwa dua tahun lalu ketika berenang di sebuah kolam renang awam di Kuantan, Pahang.

“Ketika mahu naik saya menjadi segan dan meminta izin dengan sekumpulan pemuda Tionghua yang duduk berhampiran tangga.

“Ketika itulah, saya terdengar salah seorang daripada mereka meminta rakannya menolak saya ke dalam kolam supaya saya jatvh dalam bahasa Mandarin, namun saya membalasnya sambil bertutur dalam bahasa sama hingga membuatkan mereka terdiam.

“Apa yang saya kongsikan ini sekadar pengajaran dan berkongsi kelebihan menguasai bahasa lain,” katanya.

Menurutnya, selain itu banyak kelebihan apabila mampu menguasai bahasa lain terutama dalam bidang kerjayanya.

“Saya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan untuk sebuah platform beli-belah dalam talian.

“Penguasaan bahasa ini membolehkan saya berurusan dengan baik apabila berdepan pelanggan yang menggunakan bahasa Mandarin.

“Selain itu, saya juga menjadi tempat rujukan rakan Tionghua yang tidak mahir berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris terutama dalam pembinaan ayat untuk memberi pemahaman kepada pelanggan mereka,” katanya.

Katanya, dia mula menguasai bahasa Mandarin sejak ibu bapanya menghantarnya ke sekolah aliran Cina pada usianya lima tahun lagi.

“Saya dihantar ke sekolah tadika Cina dan sempat bersekolah rendah di sekolah aliran sama kerana ibu bapa saya sudah nampak kepentingan bahasa ini.

“Sampai sekarang saya masih berhubung dan berkomunikasi dengan rakan sekolah lama berbangsa Tionghua hingga membuatkan saya semakin fasih.

“Sebenarnya, bahasa Mandarin ini perlu diamalkan selalu supaya kita tidak lupa,” katanya yang akan mempertimbangkan cadangan membuat konten dalam asas bahasa Mandarin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *