Watak wanita ‘ting tong’ dalam Takdir Yang Tertulis buka mata penonton terhadap lakonan Iman Suhana – “Itu memang perang4i sebenar saya”

PELAKON Iman Suhana mengakui watak wanita bebal sebagai Ruzita dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) telah membuka mata banyak pihak terhadap bakat lakonannya.

Menurut pemilik nama sebenar Norsuhana Mohamad Wahid, 31, ini dia sama sekali tidak menyangkakan lakonannya dalam drama itu akan mendapat perhatian di sebalik nama besar lain yang turut terlibat dalam naskhah yang sama.

“Alhamdulillah, saya akui drama ini telah menonjolkan bakat saya dan ramai pihak sudah mula buka mata.

“Setakat ini, semua penonton berikan komen positif terhadap watak Ruzita, malah mereka pun dah beri nama gelaran seperti Ita Ting Tong dan Ita Milo Tabur pada saya.

“Ramai cakap bila tengok watak saya walaupun antag0nis, tapi tak jadi nak mar4h sebab terhibur dengan watak ting tong yang dibawakan Ita,” katanya.

Iman bersama dua pelakon utama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

Melihat kepada karakternya yang agak giIa-giIa dalam drama tersebut, Iman mengakui perwatakan sebenarnya di luar juga adalah sebegitu.

“Kalau nak tahu itu memang perang4i sebenar saya tapi dengan orang-orang yang rapat dengan saya sahajalah seperti keluarga dan teman rapat.

“Kalau dengan orang yang baharu kenal, bvang t4biat pula kalau saya nak berperangai sebegitu,” katanya berseloroh.

Enggan terus dikenali dengan watak sama, Iman berharap selepas ini ada pihak yang akan menawarkannya karakter yang lebih mencabar agar resume seninya dapat dipelbagaikan.

“Sebelum ini pun saya pernah membawakan karakter lebih kurang sama menerusi drama Monalisa yang disiarkan beberapa tahun lepas.

“Harap selepas ini saya dapat realisasikan impian untuk berlakon watak psik0. Itu memang watak yang menjadi idaman saya sejak daripada dulu lagi,” katanya yang mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Jurusan Teater (Pengarahan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Iman Suhana bersama suami dan anak perempuannya.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini sudah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada tahun 2018. Hasil perkahwinan, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

Selain Iman, TYT yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin turut dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan Alvin Chong. Ia disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *