Jarang ‘upload’ foto bersama anak tiri, Mawar Rashid minta netizen tak mengeIabah

PERKONGSIAN foto pelakon Mawar Rashid bersama suami dan anak-anaknya di laman Instagram pada Sabtu mengvndang pertanyaan segelintir netizen.

Mawar menerusi laman InstaStory memuat naik paparan skrin komen netizen yang mempersoalkan kenapa aktres tersebut jarang berkongsi foto bersama dua orang anak hasil perkahwinan pertama suaminya, Raf Yaakob.

Terima beberapa komen yang sama, Mawar menjelaskan dia tidak pernah mengetepikan anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini menetap bersama ibu mereka.

“Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi, mereka tak ada kat rumah saya.

Mawar beri penjelasan menerusi Instastory pada Sabtu.

“Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kej4m ke tak nak masukkan anak yang lain.

“Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu,” kata Mawar.

Pertanyaan tersebut timbul selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik gambar bersama seluruh ahli keluarganya di Instagram.

Selain komen pertanyaan itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berkongsi paparan skrin mesej positif daripada netizen yang memintanya mengab4ikan sahaja perkara tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Ibu, Kasih Suci ini menegaskan dia tidak perlu memberi penjelasan atau membuktikan kasih sayangnya terhadap keluarga kepada orang luar.

Bagi Mawar, hanya Allah yang mengetahui isi hatinya dan turut menganggap wanita yang bergelar ibu tiri akan mendapat pahala yang banyak dengan menjaga dan mendidik anak-anak dengan baik.

“Apa-apa pun, saya tak perlu beritahu anda semua apa-apa tentang sayang saya terhadap keluarga saya, janji saya bahagia dengan kehidupan saya dengan suami dan anak-anak.

“Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggeIabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya, jangan fitn4h la!

Mawar dan Raf mempunyai dua orang cahaya mata.

“Cukup-cukup buat d0sa. Jangan nak cepat hukvm seorang ibu tiri. Besar pahala mak tiri ini… tolong besarkan, mendidik anak-anak sedangkan orang di luar sana menc4ci.

“Besar pahala mak-mak tiri ini. Jangan risau mommies, saya bersama anda. Saya okey, gembira sebab Allah kan ada. Saya tak perlu bukti kepada sesiapa pun,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rossabella Cinta yang hampir berusia dua bulan.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *