“Tak Semua Dapat Kabahagiaan Berumah Tangga,” – Meski Jodoh Tak Panjang, Sharnaaz Ahmad Tetap Syukur Dapat Rasa Nikmat Jadi Bapa

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk dikurniakan cahaya mata meskipun jodohnya bersama bekas isteri tidak berpanjangan.

Menurut Sharnaaz, meluangkan masa bersama anaknya, Jebat Jayden merupakan antara detik paling indah di dalam hidupnya.

 “Tak semua mendapat kebahagian berumah tangga tapi yang pasti jika dikurniakan zvriat, itu satu jenis nikmat Allah bagi pada kita dan bila aku dapat spend time dengan jebat macam ni, ini adalah sesuatu yg sangat istimewa bagi aku.

“Nanti aku buat full video dan letak di youtube sharnaaz ahmad tv sebagai simpanan aku dan jugak jebat,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Isteri M1steri itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi tahu, dirinya tidak mahu dibayangi kisah kegagaIan rumah tangganya demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

“Aku gagaI dalam perkahwinan, tapi aku pasti menang menjadi seorang baba yg terbaik untuk jebat. Baba sayang cheq sampai baba gol.

“Kalau nak saya post vlog tu, komen nak jebat sygggg dibawah okay guys,” katanya lagi.

Sementara itu, Sharnaaz turut mengumumkan dia bakal menghasilkan sebuah video di YouTube untuk berkongsi teIatah comel anaknya bersama para peminat.

Sekadar informasi, Sharnaaz dan Nabila bercer4i pada 9 Julai 2020 secara h4kam di M4hkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 2 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *