Terima Sumbangan RM200,000 Dari TMJ, Ebit Lew Beli 500 Tab Untuk Pelajar

Umum mengetahui baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam pertemuan itu, baginda berkenan menghadiahkan RM200,000 bagi misi bantuan yang dijalankan oleh Ebit Lew. Terbaru, Ebit memaklumkan beliau menggunakan wang sumbangan itu dengan membeli sebanyak 500 unit gajet.

Gajet tersebut akan diagihkan kepada pelajar memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dalam entri itu, Ebit turut mengucapkan terima kasih kepada TMJ.

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.

“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya.

Terdahulu, dalam pertemuan itu Tunku Mahkota Johor menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk Johor.

Menurut Tunku Ismail, Ebit sering menolong rakyat, terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan dan melakukan usaha-usaha kebajikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *