Zara Zya Cuba Bantu Orang Susah, Jual Kek Pisang – “Hasil Jualan Akan Disalurkan, Saya Guna Kelebihan Buat Kek.”

Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil melakukan inisiatif tersendiri di dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menjual kek pisang hasil air tangan sendiri.

Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin,35, kek pisang yang dijual dengan harga RM10 sebiji itu menggunakan modal sendiri dan hasil jualan akan disumbangkan kepada mereka yang layak menerimanya.

“Sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikuat kuasakan ketika ini, penggambaran ditangguhkan dan pergerakan menjadi terhad. Jadi, selain menguruskan restoran, saya mencari masa dengan membuat kek pisang dan dijual kepada orang ramai secara dalam talian.

“Kiranya mereka yang membeli kek ini sekaligus melakukan kerja amal. Hasil jualan akan disalurkan ke dalam dana Zara Prihatin dan akan diberikan kepada golongan susah yang terkesan akibat pandem1k.

“Misalnya para pelajar yang terkandas di semenanjung, mereka yang kehiIangan pendapatan selain petugas barisan hadapan. Pembeli boleh beli atau membuat tempahan menerusi Instagram.

“Agihan bantuan pula saya agihkan secara berperingkat dan mengikut sasaran,” kata pemilik ZaraZyaCooks ini.

Mahu menyumbangkan sesuatu kepada golongan yang terjej4s, bintang drama Calon Menantu Tuan Rumah ini juga menambah inilah masa untuknya melakukan sesuatu dengan apa adanya.

“Sebelum ini pun saya terfikir juga, apalah cara yang ada untuk saya bantu masyarakat yang terkesan dengan situasi sekarang. Jadi, saya gunalah kebolehan membuat kek demi mengumpul dana.

“Orang ramai bukan sahaja boleh makan kek pisang resepi saya, malah pada masa sama turut melakukan kebajikan. Harganya juga mampu milik dan harapan saya moga sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit-sebanyak mampu meringankan beban sesetengah orang, insya-Allah” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *