Alvin Chong keluar kepompong pelakon watak ringan dalam drama ‘Takdir Yang Tertulis’ – “Dulu ramai jvdge sebab muka macam budak-budak”

JIKA sebelum ini sering melakonkan watak ‘ringan’ dan kurang serius kerana memiliki raut wajah yang kelihatan kebudak-budakan, pelakon Alvin Chong akhirnya berjaya membuktikan dia juga adalah pelakon versatil menerusi drama Takdir Yang Tertulis.

Jelas Alvin, 30, dia tidak menyangka karakter Ean yang merupakan seorang pegvam dalam drama berkenaan menerima pujian penonton kerana jelas menampilkan sisi berbeza daripada watak yang pernah dijayakan sebelum ini.

“Dulu ramai jvdge saya sebab muka jambu, muka macam budak-budak biarpun umur dah cecah 30 tahun. Disebabkan itu juga ramai produser tak berapa yakin nak berikan watak yang serius dan matang untuk saya.

“Tapi apabila tengok Takdir Yang Tertulis, akhirnya orang nampak saya boleh bawa watak serius dengan baik, semua memuji lakonan saya sebagai Ean dan saya sangat bersyukur dengan perkara tersebut,” katanya.

Alvin Chong bersama rakan pelakon TYT, Elvina Mohamad dan Nad Zainal.

Alvin turut berterima kasih kepada pengarah Takdir Yang Tertulis, Shahrulezad Mohameddin kerana banyak membantu membentuk karakternya seperti yang dikehendaki oleh sutradara tersebut.

“Sebelum terima tawaran, saya dah pernah dengar orang cakap fasal Abang Ijat yang agak tegas di set penggambaran.

“Orang cakap dia akan senang mar4h kalau pelakon itu tidak dapat deliver watak seperti yang dia inginkan, tapi apabila dah bekerja… saya tengok perkara itu tidak benar sama sekali.

“Abang Ijat memang sangat penyabar dan dia banyak bimbing saya untuk watak Ean seperti yang dituntut dalam drama ini,” ujarnya.

Drama ini menjadi fen0mena di media sosial setiap kali bersiaran.

Selain Alvin, drama berkenaan turut dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan Iman Suhana.

Drama itu ditayangkan di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Ia menjadi fen0mena di laman sosial sehingga trending pada setiap kali drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu bersiaran di televisyen.

Takdir Yang Tertulis mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita yang kembali bangkit selepas suami dan syarikat miliknya dir4mpas oleh rakan baiknya sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *