Bila kita baik, ramai orang akan sayang

“Kita tak hidup untuk penghormatan orang, pujian orang. Kita hidup untuk Allah sayang.”

Petikan ayat itu mencerminkan keikhlasan seorang insan bergelar Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, yang tidak pernah ‘leIah’ membantu orang ramai.

Meskipun hanya bergelar ustaz dan pendakwah, namun ‘lagaknya’ yang tidak pernah penat memberi bantuan dan sumbangan mengalahkan ‘Yang Berhormat’.

Terbaharu dalam lawatannya di kawasan pulau sekitar Semporna, Sabah. Beliau diiringi pa­sukan keselamatan yang lengkap bersenj4ta daripada pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan PoIis Diraja Malaysia.

Itu antara bukti bahawa ramai sayangkan beliau kerana keikh­lasannya yang sering membantu rakyat Malaysia tanpa mengira agama, keturunan, pangkat dan usia.

Sesungguhnya, insan mulia sepertinya tidak diIahirkan ra­mai, namun cukup untuk membuatkan seluruh rakyat tersenyum apabila mendengar kehadiran ‘figura’ hebat ini di kawasan mereka.

Melalui media sosial, kita dapat lihat banyak bantuan yang telah diberikan Ebit Lew. Antaranya menghulurkan bantuan air bersih kepada penduduk Lembah Klang ketika kr1sis air.

Selain itu, beliau menghantar sumbangan kepada penduduk terjej4s b4njir dan menyediakan ribuan tablet yang diberikan percuma kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan.

Memetik perkongsian Ebit Lew di media sosial sebelum ini, ujarnya, jika niat untuk membantu orang, usahlah t4kut kej1an atau pengh1naan orang tapi yang paling men4kutkan kemvrkaan Allah.

“Pen4t sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tidak sama.

“Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang,” katanya.

Pada perkongsian sama, Ebit berharap bakti yang ditaburkan itu dapat dilakukan berterusan hingga akhir h4yatnya.

“Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang sejak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam ke­baikan.

“Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggaI. Masa tu sangat sekejap berlalu. Se­dangkan banyak kerja dan ama­nah yang terlalu jauh dari sempurna,” jelasnya.

Seorang lagi insan istimewa yang ‘dihadiahkan’ untuk rakyat Malaysia ialah Kuan Chee Heng, 53, atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang.

Presiden Persatuan Kep0lisan Komuniti Malaysia itu telah ba­nyak menyediakan kemudahan kepada golongan yang memerlukan.

Antaranya perkhidmatan se­wa rumah berhawa dingin pada harga RM1, tambang 10 sen menaiki kereta bagi mendapatkan raw4tan di h0spital dan van jen4zah RM1.

“Saya tidak pernah menjadikan bangsa, agama atau budaya sebagai penghalang sebaliknya sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan tidak mengira siapa mereka.

“Kerja kebajikannya adalah sebagai simbol perpaduan memandangkan saya tidak pernah mengehadkan bantuan kepada sesuatu bangsa atau kaum sahaja. Semoga bantuan kecil kita ini dapat meringankan beb4n golongan yang memerlukan,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kosmo online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *