“Saya Hari-Hari Berdoa Nak Ikut Jejak Ustaz Ebit Lew”

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sekali lagi telah dijemput sebagai jemputan program hiburan MeleTOP untuk berkongsikan perkembangan misi bantuannya.

Menerusi temubual itu, Ebit ditanya oleh Nabil Ahmad mengenai bagaimana caranya dalam mengendalikan kira-kira 43,000 permohonan tab daripada pelajar khususnya bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Saya fikir apa yang boleh dibuat dengan sedikit rezeki yang Allah beri, saya pun beli 100 unit tab untuk kali pertama.

“Saya offer siapa yang nak tab ni, tak sampai setengah jam telefon sudah ‘hang’. Separuh hari sudah 42,000 permintaan,” katanya.

Mendengar perkongsian Ebit Lew itu, Nabil kelihatan menanggis sebak dan mengatakan dia setiap hari berdoa supaya dapat mengikut jejak langkah sama seperti pendakwah itu suatu hari nanti.

“Saya sebenarnya terkes4n dengan apa Ustaz tengah buat ni. Ustaz, saya terharu. Kalau boleh saya hari-hari berdoa nak ikut jejak nak sama-sama dengan ustaz,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *