Boy Iman Mahu Tahu Sebab GeIaran Datuk Ditarik Balik

Semalam, h4ngat diperkatakan apabila geIaran Datuk pelakon dan usahawan, Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman ditarik balik berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, Boy Iman akui terkejvt kerana dia mendapat tahu tentang perkara itu selepas dihubungi pihak media dan belum menerima sebarang surat rasmi berkenaan penarikan balik darjah kebesaran itu.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran”

“Saya tidak kecew4 namun saya sendiri terkejvt apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana.

“Saya rasa sedikit raIat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Boy Iman berkata dia tidak akan teragak-agak untuk menulis sendiri surat kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab gelaran itu ditarik balik.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui pegvam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *