Vivy Yusof Nak Tawar Cuti Tahunan Tanpa Had Pada Pekerja

Sebut sahaja nama Datin Vivy Yusof, sememangnya pengasas jenama tudung terkenal dUCk Scarf itu antara usahawan yang sering menjadi tumpuan ramai selepas terpaIit dengan beberapa kontr0versi panas sebelum ini.

Baru-baru ini, perkongsian Vivy menjadi perhatian ramai apabila merancang untuk menawarkan cuti tahunan tanpa had kepada kakitangan syarikatnya.

Menurut Vivy, dia mendapat inspirasi daripada syarikat penstriman popular Netflix apabila melihat kakitangan mereka mengunapakai kelebihan tersebut dengan sebaiknya.

“Saya mencadangkan cuti tiada had untuk syarikat dan mendapat respon mengejvtkan daripada pekerja senior. Ia berjalan dengan lancar di Netflix mereka memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menguruskan masa serta menguruangkan kerja-kerja pengurusan oleh pengurus,” tulisnya.

Bagaimanapun, Vivy berkata dia sedar bahawa syarikatnya bukanlah seperti Netflix, namun akhirnya sepakat untuk melaksanakan cuti tanpa had itu termasuk cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang lebih mudah diatur.

“Tetapi kami bukan Netflix. Pada akhirnya kami mencapai kata sepakat yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Dan ini termasuklah cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang flexibel,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu lagi, Vivy turut berkongsi setiap pekerja layak mendapat 14 hari cuti tahunan dan mahu menukarkan faedah tersebut kepada tanpa had.

Perkongsian Vivy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakannya itu dan ramai yang mahu bekerja di syarikatnya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.