“Abaikan Isteri Dan Anak Tu Muslim Yang Baik Ke? “- Rihana Oksana

“Saya sering ditanyakan mengenai agama saya. Tapi lelaki yang abaikan isteri dan anaknya tu muslim yang baik ke?

Setelah memberikan beberapa klu mengenai rahsia yang mahu disampaikan kepada para pengikutnya, Rihana Oksana tampil dengan pengakuan bertulis tersebut.

Menceritakan kembali detiknya memeluk agama Islam sebelum berkahwin, banyak perkara negatif yang didengarinya mengenai Islam. Akan tetapi, kerana cinta dia turutkannya dan selama satu setengah tahun itu lah, Rihana menyaksikan bekas suaminya menunaikan kewajipan solat lima waktu sehari.

Ketika itu, dia memandang penganut Islam sangat baik, tetapi sekarang…

Bagi Rihana, dia sering bertanya apakah erti tuhan bagi dirinya setelah pengkhianatan dilakukan oleh orang tersayang?

Adakah mereka yang baik mengikut perintah tuhan dan kemudiannya mengecewakan sesama manusia, adakah dia boleh digelar penganut yang baik?

Bagaimanapun, di hantaran terakhir, Rihana mengaku yang dia masih beragama Islam.

Penat melayan mesej yang bertanyakan soalan mengenai agamanya, namun Rihana yakin bahawa sama ada solat atau pun tidak, ia tidak menentukan anda jenis manusia yang bagaimana.

Video : IG

Jadi, dengan penjelasan ini, kita faham yang Rihana masih beragama Islam. Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menjadi muslim baik dengan menunjukkan akhlak yang baik kan? – CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mediabawang.net/rihanna-bunyi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *