Baru Hari Pertama Dah Dikec4m Sebab Jadi Deejay Tapi Tak Fasih BM. Ini Respon Balas Mark Adam

Tugasan pertama penyanyi dan pelakon Mark Adam yang beralih arah kepada penyampai radio selepas dilamar HotFm bagi segmen Geng Pagi Hot (GPH) dinantikan ramai.

Bagaimanapun terdapat segelintir yang mempersoalkan kemampuan Mark apabila mnge.cam kefasihannya berbahasa Melayu.

Namun Mark Adam tidak berkecil hati walaupun dikatakan tidak layak menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio popular itu.

Mark ketika dihubungi Gempak berkata, dia menganggap semua krit.ikan tersebut sebagai motivasi dan cabaran buat dirinya.

” Hari pertama di konti radio, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat saya. Terima kasih buat anda semua kerana menyokong saya untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini.

” Saya juga ada baca komen-komen nega.tif yang mengatakan saya tidak layak kerana tidak fasih cakap Melayu.

” Tidak mengapa, saya tidak kecil hati atau ma.rah tetapi saya jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kelemahan saya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mark turut berterima kasih kepada stesen radio Hot FM kerana memberikannya peluang dan kepercayaan berada di konti bersama Fizie, mengendalikan segmen Geng Pagi Hot (GPH).

” Saya terharu apabila HotFM berikan kepercayaan dan menyakinkan saya untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

” Sebulan sebelum melapor diri, saya ada sesi latihan bersama Fizie untuk mempersiapkan diri. Jujur saya katakan walaupun sudah training tetapi rasa gugup itu masih ada.

” Saya tahu tidak mudah untuk menarik perhatian pendengar dan menghiburkan mereka. Tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik buat mereka.

” Insya-Allah, Fizie seorang yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu saya di sini.

” Kami sama-sama mencari idea dan berbincang mengenai topik yang akan dibawa dalam segmen GPH,” katanya positif.

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre merupakan penyanyi pelawak dan pelakon Filipina yang bermastautin di Malaysia.

Dilahirkan di Cebu, Filipina, Beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.

Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia.

Mark bergandingan bersama Fizie selepas Shuib membuat keputusan untuk berehat dari dunia seni manakala Syuk Sahar pula digantung tugas sejak 25 Januari lalu susulan kontroversi rumah tangga.

Pihak pengurusan Ripple masih lagi menggantung sementara perkhidmatan pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar, 35, yang berkuat kuasa serta-merta sejak 25 Januari lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan, pihak pengurusan stesen itu mengesahkan bahawa isu peribadi berkaitan Shuk yang bertugas di Hot FM masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini.

” Perkhidmatan Shuk sebagai penyampai Hot FM masih lagi digantung buat sementara susulan isu peribadinya yang tular di media sosial baru-baru ini.

” Pihak pengurusan mengesahkan bahawa isu berkenaan masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini. Pengumuman akan dibuat kelak,” katanya.

Terdahulu, perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta merta bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu peribadi membabitkannya.

Sumber:gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/02/16/respon-mark-adam-hotfm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *