Nissa Sabyan Didakwa Ramp4s Suami Orang? Saksi Dedah Bukti!

Penyanyi yang terkenal lagu-lagu berunsur kerohanian, Nissa Sabyan mencetuskan kontroversi apabila dia dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang ahli kumpulannya, Ayus Sabyan yang berstatus ‘suami orang’.

Sudah Lama Menjalinkan Hubungan

Memetik laporan Tribun News, dakwaan tersebut muncul selepas adik ipar Ayus yang dikenali sebagai Tia mendedahkannya kepada pihak media. Lebih mengejutkan, dakwa Tia, Nissa sudah lama menjalinkan hubungan secara sulit dengan pemain keyboard itu sehingga memaksa kakaknya,Eri Fitriyah untuk memfailkan perceraian.

Malah, Tia turut mengesahkan gambar Eri yang tular itu adalah kakaknya yang berada di sebuah pejabat agama di Jakarta Utara.

“Saya adiknya. Ya benar (Ayus dan Nissa Sabyan) mempunyai hubungan sulit. Sudah lama juga, cukup lama. Kakak sudah memohon untuk berpisah tiga minggu lepas untuk daftar fail tuntutan tersebut,” luah Tia

Ayus Tidak Hadir Ke Perbicaraan

Terdahulu, terdapat dakwaan yang mendedahkan sepupu kepada Eri mendedahkan wanita itu sudah lama menutup aib mereka (Ayus dan Nissa) namun kedua-duanya enggan berpisah sehingga Eri nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Ayus gagal hadir ketika perbicaraan berlangsung.

“Selama ini kakak saya memendam semuanya dan enggan berkongsi pada sesiapa” tambah Tia lagi

Ketika ini, pendedahan tersebut tular di aplikasi TikTok dan rata-rata pengguna meluahkan rasa simpati kepada Eri yang merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Ayus.

Sehingga artikel ini ditulis, Nissa masih mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut. Namun, adik kepada Ayus mendakwa bahawa abangnya dan Nissa sememangnya bercinta dan keluarganya juga sudah mengetahui mengenai perihal itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/2021/100762/nissa-sabyan-didakwa-rampas-suami-orang-saksi-dedah-bukti/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *