[VIDEO] Sharifah Shahirah Bikin ‘Hal’ Naik Kereta Sport Pakai Helmet Pink Dan Selipar Jepun

Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti bernama Sharifah Shahirah ini. Bukan sahaja bijak membuat lawak bersahaja, celotehnya juga cukup menghiburkan ramai ketika dia bersiaran sebagai penyampai radio di Suria FM. Antara selebriti ‘otai’ dalam dunia hiburan tanah air, Sharifah Shahirah juga antara figura yang memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.

Sharifah Shahirah juga sering berkongsikan video harian kehidupannya di laman sosial Instagram miliknya. Tiada yang aneh dan mengjengkelkan, kadang-kadang video yang dimuat naik cukup menghiburkan pengikutnya di laman sosial tersebut.

Malahan baru-baru ini Sharifah Shahirah buat hal lagi dengan berkongsikan satu video dirinya yang mahu ke kedai membeli belacan. Bersedia dengan helmet pink di tangan dan lengkap berselipar jepun berwarna hijau, disangkakan artis ini mahu ke kedai menaiki motosikal.

VIDEO :

https://www.facebook.com/ryefissa/videos/204001761481192/

Namun tekaan itu meleset sama sekali, rupa-rupanya Sharifah Shahirah ke kedai dengan memandu kereta sport dari jenama Lotus! Pergh, bukan main lagi dia! Berikut adalah video yang dikongsikannya itu:

Video Sharifah Shahirah buat hal ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 25 ribu likes. Rata-rata warganet dan rakan selebriti terhibur menyaksikan telatah ‘gila-gila’ Sharifah Shahirah ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen.

Kredit:HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/sharifah-shahirah-bikin-hal-naik-kereta-sport-pakai-helmet-pink-dan-selipar-jepun/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *