#JannanickIsGoingToJ4ilParty Trending & Teruk Dikec4m Peminat Kpop, Akaun Instgram, Twitter Janna Nick Hilang Terus

Fenomena K-pop boleh dikatakan sangat dasyat sehingga tular di seluruh dunia, malah para peminat di Malaysia juga turut tidak ketinggalan meminati muzik dan drama K-Pop.

Umum juga mengetahui bahawa peminat-peminat Kpop di Malaysia merupakan fan base yang sangat kuat dan mereka sangat menghargai selebriti-selebriti kesayangan mereka, jadi apabila timbul isu-isu mengenai selebriti kesukaan mereka, pantas mereka akan muncul untuk menyokong idol masing-masing.

Image result for janna nick

Dan yang terbaharu, sekali lagi nama pelakon dan pengacara sensasi, Nurul Jannah binti Muner atau nama komersialnya, Janna Nick trending di laman sosial Twitter gara-gara video lama Janna yang tular pada 2018, di muat naik kembali mengenai dirinya ‘mempersenda’ kem4tian artis K-Pop, Jonghyun dari kumpulan SHINee dan seterusnya tentang komen yang dibalasnya kepada pelakon, Nazim Othman baru-baru ini.

Perkara itu sekaligus mencetuskan kemar4han di antara peminat Kpop yang merasakan perkara itu melampau kerana kem4tian seseorang tidak patut dijadikan bahan jenaka.

Malah, komen yang dibalas Janna terhadap Nazim itu turut mengundang perhatian peminat BLACKPINK, yang merasakan Janna tidak menghormati Lisa sebagai ahli kumpulan berkenaan.

Image result for janna nick 2020

Tampil menjawab desas-desus yang diperkatakan, Janna memuat naik satu video di laman Instagram miliknya, mengatakan bahawa dia tidak ‘aware‘ dengan kenyataan yang dibuatnya ketika Sharifah Sakinah merakamkan video berkenaan.

 

“Dan saya Lilahitaala, tak tahu menahu langsung yang benda tu ditujukan untuk si mati. Saya tak kisah orang nak cakap saya play victim, sebab saya memang jujur.”

“Saya tak boleh terima video tahun 2018 diupload semua walaupun Sakinah dah pernah explain saya tidak terlibat.” Ujar Janna

Turut menyumpah dengan kitab suci Al-Quran di dalam video tersebut, Janna memohon maaf kepada semua peminat K-Pop sebelum deactivate semua laman sosialnya di Instagram, Twitter dan Facebook pada 21 Februari 2021.

Sementara itu, sebelum menyah-aktif akaun media sosial miliknya, Janna sempat memuat naik ciapan memberitahu bahawa beliau berada di balai p0lis dan telah menyerahkan maklumat mengenai akaun yang telah mencetuskan provokasi dan fitn4h terhadapnya.

Menurut Janna, semua ciapan dan komen-komen berkenaan telah di screenshot dan akan diambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Apa pendapat korang tentang isu ni? Kami harap Janna dan peminat-peminat Kpop tersebut dapat selesaikan dengan matang dan  baik.

Sumber : Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotviral-jannanickisgoingtojailparty-trending-dan-teruk-dikecam-peminat-kpop-janna-nick-deactive-semua-akaun-media-sosial/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *