“Bukan Jenis Meminta,” Risteena Bagitahu Apa Isa Khan Buat Bila Bangun Jam 5.30 Pagi

SELEPAS lebih sebulan berkahwin, Risteena Munim mengakui kehidupan berumah tangga bersama suami yang juga penyanyi dan pelakon, Isa Khan semakin bahagia.

Risteena, 32, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata, dia bertuah kerana mendapat suami yang sangat memahami dan ‘sporting’.

“Tahun ini seronok dan teruja sambut Ramadan dan bakal menyambut Aidilfitri pertama sebagai suami isteri. Kami sudah fikir nak warna sedondon, buat rumah terbuka dan pelbagai perancangan difikirkan.

“Kalau dulu masa masih bujang kehidupan lain, sekarang sudah ada komitmen terutama kena masak untuk dia. Dulu bangun pagi mak sudah siap masak. Sekarang lain, kena basuh baju, masak, cuci pinggan dan kerja rumah semuanya buat sendiri.

“Saya seronok semua ini sebab suami seorang yang sangat membantu. Kadang-kadang Isa yang masak dan mencuci pinggan. Pendek kata dia bukan harapkan saya buat seorang. Saya bersyukur ada suami yang sangat ‘sporting’,” katanya.

Menurut Risteena, dia juga rasa bertuah kerana suami bukan jenis meminta untuk disediakan segala macam perkara.

“Saya bukan jenis bangun pagi, tapi suami ya. Jam 5.30 pagi dia sudah bangun dan dia juga tidur awal. Bangun pagi dia sudah buat aktiviti sendiri, tapi tak pernah harapkan saya siapkannya sarapan setiap pagi. Dia tak pernah kejut pun. Kalau bangun saya yang cari dia. Dia okey saja.

“Kalau saya penat dan tak larat nak masak, dia akan cakap buat tempahan saja atau ajak makan luar. Jadi saya tak pernah rasa susah langsung sepanjang sudah bergelar isteri. Dia tak pernah tetapkan pun semua perkara kena buat untuk dia,” katanya.

Bagaimanapun, Risteena mengakui sebelum berkahwin dia teruja untuk melakukan semua perkara itu sebagaimana dilakukan pasangan lain.

“Sebenarnya apabila nak kahwin, saya teruja dan fikir bangun pagi nak sediakan sarapan untuk suami dan nak buat benda sama macam orang lain buat. Apabila saya kahwin, saya ada buat tapi Isa tak pernah letakkan syarat saya kena buat semua.

“Dia seorang ringkas, mudah dan tak pernah buat saya rasa susah. Rasa bahagia saja. Selepas lebih sebulan kahwin, semuanya okey. Kalau dulu sebelum kahwin jika ada salah faham susah sebab jauh. Sekarang dah serumah, cepat-cepat selesaikan,” katanya.

Risteena dan Isa melangsungkan pernikahan pada 12 Mac lalu.

Berikut reaksi dari netizan

‘Bukan kami penyebabnya’

Sijangkang: “Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain.”

Itu kata pelakon Risteena Munim mengenai isu mengaitkan selebriti dan instafamous yang dikatakan mengambil kesempatan menggunakan surat kebenaran merentas negeri daripada polis untuk bercuti.

Risteena, 32, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata, pihak berkuasa sudah mengesahkan dia bersama suami yang juga pelakon, Isa Khan berada di Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu adalah atas urusan kerja.

“Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak polis sudah sahkan kami ke sana atas urusan kerja.

“Kami tidak ke mana-mana dan bukannya sambil menyelam minum air. Di situ kami selesaikan kerja dan makan. Kebetulan orang tengok kami di tempat itu. Kenapa benda itu nak dikaitkan dengan kami lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Isa berkata, banyak lagi sebab munasabah kenapa pihak berkuasa mengetatkan perkara itu.

“Sebenarnya kebetulan di tempat kami bekerja itu adalah lokasi pelancongan sekali gus menyebabkan isu ini timbul. Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menuduh kami sebagai punca,” katanya.

Dalam masa sama, Isa yang hadir bersama Risteena pada rakaman program Melodi Raya 2021 di sini, hari ini berkata, kontroversi dan isu yang melanda mereka adalah dugaan selepas berkahwin pada 12 Mac lalu.

“Kami ke Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu. Kontroversi ini kita tak duga, tapi kami sangat tenang sebab tak buat salah, jadi tidak ada apa perlu dirisaukan. Kami pun sudah selesaikan semua perkara dengan pihak berwajib.

“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian selepas bernikah. Saya yakin akan banyak lagi cabaran yang akan kami lalui dan berdepan bersama-sama,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Isa dan Risteena didakwa pergi berbulan madu di Sabah berdasarkan foto dan video dimuat naik di Instagram Story.

Perkara menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen yang menyifatkan pasangan itu menyalahgunakan kebenaran merentas negeri yang diberikan.

Sumber : hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/20/bukan-jenis-meminta-risteena-bagitahu-apa-isa-khan-buat-bila-bangun-jam-5-30-pagi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *