Rentas Negeri Pergi ‘Honeymoon’, Ini Hvkuman Yg Pasangan Instafamous Kena Buat Ramai Puas Hati

Sebelum ini, pasangan ‘instafamous’ dipercayai memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu di Johor. Bagaimanapun, pasangan itu telah dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung beberapa foto ‘honeymoon’ yang tular di media sosial.

Terbaru, pasangan ‘instafamous’ ini telah dikenakan tindakan ditahan di penjara selama sehari dan denda RM2,500.

Dipenjara sehari, denda RM2,500

Memetik laporan Bernama, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara buat pasangan suami isteri ini dipenjara selama sehari dan dendan sebanyak RM2,500 selepas didapati melanggar perintah rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan lalu.

Difahamkan, pasangan tersebut telah meminta kebenaran merentas negeri bagi urusan perniagaan di Johor. Namun, didapati mereka telah memberi keterangan palsu sebaliknya berbukan masa di sana.

Instafamous Rentas Negeri Sebab ‘Bisnes’ Beri Keterangan P4lsu, Memang Pergi Honeymoon!

Terdahulu, seorang Instafamous didakwa telah merentas negeri untuk bercuti bersama suami di Johor. Walau bagaimanapun, dia telah tampil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut dan memaklumkan permohonan merentas negeri dibuat atas urusan perniagaan.

Terbaru, menerusi siaran media Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, pasangan itu dipercayai telah memberi keterangan palsu berkaitan alasan rentas negeri.

Telah tempah hotel awal

Menurut keterangan dari Ketua Polis Daerah Wangsa Maju iaitu Superintendan Ashari Abu Samah, pasangan itu didapati telah membuat persiapan awal dengan menempah penginapan hotel pada Disember 2020 untuk menyambut ulangtahun perkahwinan pada 17 Mac 2021.

Siasatan telah dijalankan secara menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan tersebut. Hasil siasatan mendapati pasangan ini memberi keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.

Pihak polis menyiasat kes terhadap pasangan suami isteri ini di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342). Sekiranya mereka disabitkan kesalahan akan berdepan dengan tindakan komp4un sehingga RM10,000.00.

Sementara itu, pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau kecem4san untuk kepentingan peribadi.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauasamboi.pw/2021/04/rent-hon-insta-kenoden/?fbclid=IwAR0_z-p9hL_D4xscAm7P43MpHDEGUdBbtLIyR9wGNbGrouF181oOpgQysFU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *