[Video] Respek! ‘Brader’ Borong Semua Makanan Di Gerai Kat Bazaar Untuk Sedekah Kepada Pengunjung

Biarpun Bazaar Ramadhan untuk tahun ini boleh beroperasi, sudah semestinya ia berlainan sedikit dengan musim puasa yang sebelum ini. Mungkin masih ramai tak berani nak berkerumun di tempat sesak.

Tetapi, bagi peniaga inilah peluang terbaik mereka untuk jana pendapatan lebih, cuma, bila dah jual makanan ni, tipulah kalau tak ada berlaku pembaziran, mesti ada yang tak habis dijual dan terpaksa dibuang.

Kadang-kadang, pulangan tidak lepas dengan modal pun, jadi seorang lelaki membuat keputusan untuk bantu nasib peniaga dalam masa yang sama beramal dan memberikan rezeki kepada semua orang.

Borong beli semua, lepastu minta sedekah dekat semua pengunjung secara percuma

Ada seorang lelaki berhati mulia ini singgah ke beberapa gerai dan borong semua makanan disitu, kemudian dia minta peniaga itu untuk salurkan rezekinya kepada pengunjung lain secara percuma.

Dengan keadaan pandemik yang telah memberikan kesan kepada ekonomi pastinya apabila mendapat peluang ini.

Perkongsian video ini viral apabila netizen kongsikan di Twitter dan raih lebih daripada 3K jumlah retweet dalam 17 jam.

Ramai netizen yang terinspirasi apabila melihat tindakan mulia lelaki tersebut.

 

Nak jadi kaya macam ni – Netizen

Tapi ada je netizen yang pertikaikan kenapa perlu rakam, namun ia bergantung pada diri seseorang tu, apa pun ramai yang memang terinspirasi apabila menontonnya termasuklah min sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://lobakmerah.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *