“Ditegur Tak Pernah Pandang Kamera Ketika Bercakap..” Ini Jawapan Da’i Syed Mengejvtkan Ramai

Cara pendakwah bebas dan penyanyi Da’i Syed Iqmal bercakap tidak memandang kamera mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di laman instagram.

Menerusi paparan skrin mesej yang dimuat di Instastory pada Selasa, netizen yang mempersoalakan tindakan Syed nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu selain turut memberi peringatan kepada pendakwah itu.

“Salam DS, maaf tapi saya dah lama perasan dai selalu cakap tak menghadap kamera.. tak tahu kenapa. By the way, Nabi kita selalu cakap menghadap orang tersebut.

“Hanya sekadar peringatan. Semoga terus berjaya.Amin,” tulis individu tersebut.

Sebelum ini pendakwah berusia 26 tahun ini memuat naik satu video memperlihatkan dia sedang mempromosikan produk namun matanya dilihat seakan mengelak untuk melihat terus ke kamera.

Dalam pada itu, Syed mengakui dia sememangnya sengaja tidak memandang terus ke kamera ketika membuat video atau siaran langsung di Instagram (IG Live).

Menurut penyanyi lagu Ya Habib ini, dia terpaksa bertindak sedemikian atas nasihat seorang ustaz yang memintanya untuk berhati-hati kerana berkemungkinan disihir atau santau melalui mata ketika melakukan IG Live.

“Ya! Memang saya selalu tak pandang kamera. Di IG Live juga begitu. Sebab, beberapa bulan lalu saya berubat. Ustaz itu menasihatkan saya… jangan terlalu pandang kamera.

“Sebab mereka hantar sih1r dan s4ntau melalui mata saya ketika waktu live di IG. Mohon doakan. So strunggle nak pulih,” balas Syed.

Untuk rekod, Syed berdepan dengan pertudvhan melakukan s3ks lu4r t4bii dan menc4bul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu dan k3s tersebut masih berjalan di mahkamah sehingga kini.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/21/ditegur-tak-pernah-pandang-kamera-ketika-bercakap-ini-jawapan-dai-syed-mengejvtkan-ramai/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *