“Hukvman terlalu tinggi…” – Ismail Sabri anggap k0mpaun RM50,000 terhadap peniaga burger tak patut

KES peniaga burger di Kelantan yang dikenakan k0mpaun RM50,000 gara-gara menjalankan operasi melebihi masa yang ditetapkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut mendapat perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi saya, walaupun di luar bidang kuasa saya tetapi perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Hukvmannya adalah terlalu tinggi,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Menurutnya, peniaga berkenaan ataupun mereka yang dikenakan kompaun boleh merayu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita tahu yang hukvman ini adalah di bawah bidang kuasa KKM dari segi pengurangan k0mpaun. Tadi saya lihat melalui media bahawa Menteri Undang-Undang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) sudah pun memberikan penjelasan.

“Dibentangkan dengan terperinci dari segi jenis kesaIahan dan jumlah sam4n yang k0mpaun patut dikenakan. Perkara ini sedang diambil tindakan oleh KKM. Jadi, kita tunggulah pengumuman atau pun kenyataan rasmi daripada KKM,” katanya lagi.

Kisah peniaga burger berkenaan yang dikenakan k0mpaun RM50,000 oleh angg0ta p0lis menjadi tuIar sejak Isnin.

Menurut isteri kepada peniaga burger tersebut, Nor Laili Shafii yang dihubungi mStar, menerusi apa yang dimaklumkan angg0ta p0lis, ada pihak lain yang membuat lap0ran menyatakan gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

Tambah wanita berkenaan, ketika itu mereka sedang menyiapkan tempahan untuk pekerja kilang dan tiada pelanggan di gerainya.

Difahamkan, k0mpaun tersebut merupakan k3s berulang selepas kali pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan dik0mpaun RM1,000.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *