Ayda Jebat Sah HamiI 4 Bulan, Dijangka BersaIin Oktober Depan

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini ham1l empat bulan bersempena dengan keberkatan malam Nuzul Quran.

Berita gembira itu dimaklumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Penyanyi lagu Par4h Par4h itu berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.

“InsyaAllah, saya dijangka bersal1n Oktober depan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini.

“Bukan tidak mahu ded4hkan pada peringkat awalnya, tetapi saya dan suami sepakat untuk beritahu ketika usia kandungan memasuki bulan keempat.

“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana ter1kat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *