Fazura Respon Bila Nama Trending Nombor 1 Di Twitter – “Saya Ingat Ciapan Mengenai Lemang Yang Dimuatnaik Semalam Jadi Punca.”

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui dirinya rasa terkejvt apabila namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter, pada Selasa.

Tanpa mengetahui apa puncanya, Fazura,37, mended4hkan dia hanya mengetahui perkara terbabit selepas dimaklumkan oleh teman-teman.

Malah selepas meneliti sendiri, baharulah dia menyedari mengenai perkara tersebut.

Selain namanya, Fattah turut sama tersenarai di dalam senarai trending menerusi platform sama.

“Semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fateema di rumah dan tak tengok sangat telefon. Saya terkejvt bila diberitahu nama saya trending di Twitter.

“Saya ingat ciapan mengenai lemang yang dimuat naik semalam yang menjadi puncanya. Saya fikir adakah saya salah bual mengenai lemang itu atau salah taip ayatnya.

“Tapi semalam, memang saya teringin nak makan lemang lemak-lemak masin. Itu makanan kegemaran saya,” katanya.

Pelakon P1sau Cvkur ini pada masa turut menambah, dia juga tidak mengambil tahu selebihnya mengenai apa yang diperkatakan oleh warganet semalam.

“Saya memang tak baca pasal perkara lain. Awalnya memang saya fikir orang jadikan saya bahan jenaka sebab ciapan lemang, itu saja,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih di Suria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.

Majlis yang mendapat kerjasama baik daripada penaja utama, syarikat Bata Malaysia itu  sempena meraikan anak-anak yatim tersebut menerusi persiapan sambutan hari raya tidak lama lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *