Tahun kedua sambut Ramadan jauh dari ibu, Ramlah Ram seb4k dengar lagu raya

RAMADAN kali ini merupakan tahun kedua penyanyi Ramlah Ram tidak dapat meraikan kedatangan bulan mulia bersama keluarga dan ibu tersayang di kampung halaman.

Menurut Ramlah, 56, sudah menjadi kebiasaan setiap tahun dia menyambut awal Ramadan bersama ibu tercinta, Ne, 79, di Kluang, Johor sehinggalah pandem1k C0vid-19 membataskan pergerakan orang ramai.

“Menyambut bulan puasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang agak lain, boleh dikatakan sama macam tahun lepas… kebiasaannya awal Ramadan saya bersama keluarga balik kampung untuk berbuka dan bertarawih dengan mak tapi tahun ni tak dapat lagi.

“Kali terakhir jumpa mak masa kebenaran rentas negeri dibenarkan tahun lalu, itu pun sebab saya ada urusan kerja di Johor Bahru, dapatlah singgah sekejap.

“Memang sed1h apabila terkenang ibu di kampung… tapi benda ni untuk kebaikan kita semua, jadi saya reda sahaja,” katanya.

Menjelang Ramadan dan Syawal… Ramlah teringat ibu tersayang di kampung halaman di Johor.

Ramlah Ram ditemui semasa program Amal Qaseh Ezmeals bersama UtusanTV mengedarkan pek makanan kepada orang ramai di Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu ini mengakui tidak mampu menahan sebak apabila mendengar lagu raya berkumandang di radio kerana terkenangkan ibu tercinta yang jauh di mata.

“Setiap hari video call dengan mak, bila dengar lagu raya mulalah rasa sed1h dan seb4k. Alhamdulillah, mak sihat cuma sesekali dia terlupa yang sekarang ni PKP tak boleh rentas negeri. Selalu bila dalam perbualan dia tanya kenapa tak balik… mak rindu!

“Kita kena terangkan semula, sekarang ni PKP tak boleh balik… bila mak tanya macam tu kita pula jadi sedih, bimbang kalau dia rasa anak-anak yang dah lupa dia. Mujurlah di kampung ada adik yang boleh tengok dan jagakan mak.

“Besar kemungkinan tahun ini hanya beraya bersama kakak sahaja di Kuala Lumpur… sekarang ini hanya mampu berdoa supaya C0vid-19 ini segera berakhir dan kita dapat melalui kehidupan seperti biasa,” ujarnya.

Berpeluang menyertai program amal mengedarkan pek makanan kepada orang ramai sempena Ramadan kali ini, Ramlah berkata dia teruja apabila diberi kesempatan mengikuti acara berkenaan.

Ramlah tervja menyertai program amal mengedarkan pek makanan kepada orang ramai.

Ini selepas dua tahun dia tidak menyertai aktiviti sedemikian berikutan pandem1k C0vid-19 yang meIanda negara.

“Alhamdulillah seronok sangat dapat bersama-sama team Qaseh Ezmeal dan UtusanTV berkongsi rezeki dengan orang ramai. Memandangkan tahun lepas PKP jadi memang tak ada aktiviti macam ni, tahun ini baru berkesempatan sertai.

“Memang seronoklah! Sebelum ni mungkin banyak majlis berbuka puasa, edar bubur lambuk tapi itu biasa. Kali ini berbeza kerana kita jumpa orang ramai di sekitar lokasi untuk serahkan sendiri pek makanan,” katanya yang baharu sahaja muncul dengan lagu raya terbaharu berjudul Kemenangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *