“Badan dia Kena Lock, Tak Boleh Makan Dan Minum” –Tajul Ded4h Abang Kena Benda Ni Sejak Jadi Artis

PENYANYI Tajul Ariff berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatan abangnya iaitu Khalis yang kini mend3rita peny4kit miisteri atau terkena ilmu hitam.

Menurut Tajul, dia dan keluarga sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengubati penyakit itu namun sehingga sekarang masih tidak membuahkan hasil.

“Alhamdulillah, keadaannya dah semakin okay dari sebelum ini.

“Sebelum ni dia terb4ring, tak boleh bercakap, sekarang ni dah boleh la nak bagi dia minum air sikit dan ajak berborak.

“Kalau orang tengok daripada gambar pun dah boleh tahu s4kit apa, cuma ada yang ta percaya atau menidakkan benda macam ni.

“Memang betul dia kena santau, dari mula-mula jadi artis lagi, ” ujarnya kepada mStar.

Sebelum ini vokalis Spin, Khalis dimasukkan ke di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) di Seremban, Negeri Sembilan, selepas keadaan kesihatannya merosot.

Dalam pada itu, Tajul menyifatkan abangnya seorang yang baik dan tidak pernah bermvsuhan dengan mana-mana pihak.

Katanya, Khalis mula j4tuh sak!t sejak awal menjadi artis beberapa tahun lalu.

“Kami ada bawa dia pergi rawatan Islam, memang on the spot terus okay, boleh bangun dan berjalan macam dulu.

“Tapi dua hari selepas itu s4kit dia tu datang balik, ” ujarnya.

Untuk rekod, Khalis memulakan kerjaya nyanyian bersama kumpulan Real Spin pada tahun 2016 bersama dua lagi anggota asal kumpulan Spin iaitu Azren dan Aidel.

Namanya mula dikenali pada April 2018 selepas video nyanyiannya ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan tular di media sosial.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *