“Dah nak raya! Tukar karpet baru beli online saja..” – Anzalna Nasir Sindir Sape Tu

Ketika seorang selebriti dikecam ramai selepas didakwa merentas negeri untuk membeli-belah permaidani di Nilai 3, lain pula reaksi diterima pelakon jelita Anzalna Nasir.

Memetik laporan Kosmo! Online, baru-baru ini pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik sebuah posting video di laman Instagram memaparkan hamparan karpet yang baru dibeli secara dalam talian.

Difahamkan, pelakon drama Dendam Aurora itu tiada niat untuk menyindir atau meraih populariti murahan sebaliknya sekadar berkongsi kegembiraan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Tak lama lagi dah nak raya! Saja bagi suasana nak raya, jadi kita tukar karpet baru beli online saja,” tulisnya dalam posting tersebut.

Berikutan itu, tindakan Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir menerima pujian kerana tidak perlu ‘ke sana ke sini’ sehingga mengundang cacian warganet sebaliknya hanya membeli secara dalam talian.

Bagus, apa nak susah2 merentasi halangan

Respek Anzalna, nampak lebih ‘mahal’ Dah la bijak, cantik pulak tu!

Boleh beli online, kenapa susah2 pergi Nilai

Sekadar makluman, Anzalna berkahwin dengan usahawan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia dua tahun.

Terdahulu Pengacara sensasi Azwan Ali menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya semalam (Isnin) telah membidas tindakan individu yang dianggap sebagai sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Hantaran video tersebut turut disertakan tanda pagar #sengajadiuploaded ‘Bila kes antara dua darjat makin menjadi-jadi #muhasabah’ pada ruangan kapsyen.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut memberikan pandangannya pada isu tersebut.

“Sajalah Diva AA nak carut, you all tak payah nak menggelupur punyalah nak beli karpet sampai ke Nilai 3…

“Lepas tu tak payah menggelupur berangkut para ulama atau ustaz-ustaz ni konon menteri agama, kononnya untuk keberkatan sambut bayilah apa lah.

“Besar sangat ke kau? Kayangan ke kau? Diva sangat ke kau? Cuba jadi macam Diva AA shopping selagi duit ada berkepuk-kepuk tapi semua pergi tempat yang selamat,” tempelaknya

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat pengacara popular itu.

“Asslamualaikum Diva,kami rakyat marhaen betul-betul rasa terhina dan tak adil, SOP ni memang untuk orang-orang miskin macam kami, orang kayangan bebas buat apa sahaja! Mereka sangat kej4m…”

“Salam Diva…Terima kasih kerana mewakili suara kami…”

“Assalamualaikum Divaa. Terima kasih bersuara… terbaik..”

“Sebenarnya apa Diva AA ni cakap memang betul pun. Orang kayangan takyah nak menggelupur buat apa-apa yang langgar SOP lepas tu upload dengan bangga lepas tu keluarlah perutusan media bagai.

“Dua-dua artis tu dulu saya minat, tapi sekarang dah lost respect. Tolonglah isu-isu SOP, rentas negeri ni sangat sensitif sekarang. Bangga sangat ehhh bila langgar peraturan?”

Antara komen yang ditinggalkan wargamaya pada ruangan komen.

‘Apa J*d4h Pi Nilai Cari Karpet!…’ – Nam Ron

Mungkin dah meluat dengan cerita rentas negeri dalam kalangan vvip dan selebriti, pelakon berbakat besar Nam Ron seakan menyindir golongan itu.

Menerusi posting di laman sosial Twitter yang telah dimuat naik oleh Nam Ron sendiri, dia berkongsi sekeping foto di sebuah gerai makanan dipercayai diambil sebelum pandemik melanda dunia.

Menurut Nam Ron, jika diberi keizinan untuk merentas negeri, dia ingin pergi makan di tempat berkenaan yang kebiasaannya berada di negeri pantai timur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan posting pelakon berkenaan dan ada juga kaitkan dengan caranya bercakap ketika berlakon dalam filem ’18 Puasa di Kampong Pisang’.

Sumber: Kosmo! Online , Instagram Anzalna Nasir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *