“Awak nak paksa saya tak tutup aurat ke?” – Ain Selamba ‘Sekolahkan’ Siti Kasim, Netizen Ramai Sokong

Sejak Ain Husniza mula membuat pendedahan “lawak l.ucah” yang dibuat oleh gurunya di sekolah, nama pelajar tingkatan 5 ini semakin dikenali sehingga turut dibincangkan oleh media antarabangsa.

Baru-baru ini gambar poster satu program menunjukkan Ain memakai tudung telah menjadi buah mulut ramai orang. Namun apa yang memeranjatkan, tindakan Ain untuk memakai tudung ini turut ditegur oleh peguam dan aktivis, Siti Kasim.

Kenapa Ain perlu tutup rambut dia untuk program ini? Saya nak nasihatkan keluarga Ain untuk berhati-hati dari digunakan oleh sesetengah orang. 

“Tak ada siapa yang patut beritahu macam mana cara awak berpakaian dan awak perlu sentiasa konsisten dengan pendirian awak.”

Ekoran komen dari Siti Kasim ini, Ain telah menegur aktivis tersebut dan meminta agar dia tak dinilai dari pakaiannya.

Pakaian saya, atau perempuan lain tak penting. Ini apa yang sering saya tegaskan. Jangan nilai orang dari penampilan mereka. Tolong! Saya pakai apa yang saya nak pakai bila-bila masa. Perkara ini tak jejaskan pendirian saya.

“Tolong berhenti nilai perempuan yang tak menutup aurat atau yang menutup aurat. Itu sahaja. Berhenti! Fokus pada isu utama. Sekolah TAK SELAMAT.”

Siti Kasim kemudiannya mengatakan yang bila Ain memilih untuk memakai tudung, ini bermakna Ain telah memilih untuk dengar cakap orang yang mengk.ritik penampilannya sebelum ini dan jawapan Ain…

Saya tak ikut cakap dorang. Saya hanya buat apa yang saya nak buat. Saya nak jadikan sekolah tempat yang selamat, jadi penampilan saya tak ada kena mengena dengan pendirian saya.

“Kalau awak rasa saya pakai tudung sebab ikut orang, maknanya awak sama je dengan orang yang nilai saya bila saya tak pakai tudung.

“Awak nak p.aksa saya untuk tak tutup aurat ke? Saya faham maksud awak tapi inilah sebabnya perempuan selalu rasa tertindas. Tak boleh nak ada pilihan nak buat apa-apa.”

Siti Kassim kemudian menegaskan yang tak semua perempuan pakai tudung dip.aksa dan setiap orang mempunyai pilihan untuk pilih pakaian atau aksesori yang dorang nak pakai. Tapi mesej yang disampaikan oleh pilihan Ain ini yang menjadi persoalan.

Ain kemudiannya menutup hujahnya dengan mengatakan apa yang dia buat adalah untuk beritahu semua perempuan untuk pakai apa yang mereka nak pakai dan jangan nilai orang dari luaran.

“Ain pilih untuk sekolahkan Siti Kasim. You go girl!”

Jawapan Ain kepada Siti Kasim ini telah mendapat sokongan dari ramai netizen. Lebih-lebih lagi sebelum ini Siti Kasim sering perjuangkan hak manusia untuk pakai apa yang mereka mahu pakai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *