“Ank Dah Mula Tanya, C4ri Arw4h,”- B4lu Abam Bocey

Balu pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berkongsi anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia dua tahun sudah mula bertanya dan mencari bapanya.

Siti Norhidayah atau Hidayah berkata, dia mengambil pendekatan menjelaskan situasi sebenar supaya Hamzah lebih cepat faham.

Foto: IG

“Selama ini gambar arw4h sentiasa ada bersamanya. Kebetulan ada peminat bagi dia bantal yang ada gambar arw4h. Kalau ikut saya keluar dan balik rumah dia akan cari bantal itu dulu. Jadi, apabila semakin membesar dia sudah bertanya mengenai arw4h.

“Memang saya akan terangkan dan tunjuk gambar arw4h. Saya akan cakap ayah sudah tiada, ayah di syurga. Dia faham cakap saya. Saya juga tunjukkan video persembahan arw4h. Kalau kebetulan ada program arw4h keluar di TV, saya akan tunjuk dan beritahu. Saya bawa dia ke depan TV. Jadi dia lebih kenal ayah dia,” katanya kepada Harian Metro.

“Rasa rindu masih terasa walaupun tak selalu kemaskini di Instagram, tapi sentiasa ingat dia. Saya letak nama arw4h Abam untuk perniagaan dijalankan pun sebab semua orang kenal dia dengan Abam. Sebab ada juga tak kenal.

“Jadi, apabila aktifkan akauan Instagram suami, tak salah untuk digunakan dan kembangkan perniagaan yang saya buat selama ini. Sekurang-kurangnya ada juga rezeki anak kami,” katanya.

Berkongsi mengenai kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama arw4h, Hidayah berkata dia sentiasa teringat ketika setiap kali membuat persiapan raya.

“Ini tahun kedua kami beraya tanpa arw4h. Macam tahun lepas pun, saya lebihkan kepada persiapan Hamzah. Saya nak gembirakan dia.

“Kalau bercakap mengenai hari raya, saya akan teringat persiapan dibuat arw4h. Kami bersama-sama pergi beli barangan dapur, beli baju raya dan buat lemang. Selepas arw4h tiada, saya buat sendiri.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh hidayah_ (@hidayah_abam)

“Kalau makanan kegemaran arw4h pula, dia suka rendang ayam dan daging. Macam tahun lepas saya tetap buat untuk hidangan keluarga. Insya-Allah raya kali ini pun buat juga. Saya nak kenangan bersama arw4h itu sentiasa ada,” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh hidayah_ (@hidayah_abam)

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari tahun lalu

Sumber:cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.dnq.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *