“Puncanya L4rangan Ziar4h Raya…” Keluarga Ini Ada Cara Rare R4i Leb4ran di Rumah Sendiri, Siap Cetak QR Code MySejahtera Lagi!

Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut serba sederhana sahaja demi menyahut seruan kerajaan dalam usaha melandaikan jangkitan C0vid-19.

Malah, larangan aktiviti ziarah rumah ke rumah turut dikuatkuasakan, sekaligus menjadikan lebaran tahun 2021 kurang serinya berbanding tahun-tahun lalu.

Di Rawang, Selangor misalnya, keluarga ini ada cara tersendiri untuk meraikan Aidilfitri di kediaman mereka.

Fatihah Balqis Ibrahim, 35, bersama anak-anak tetap membuat aktiviti ziarah ‘olok-olok’ dengan kunjungan dari bilik ke bilik dalam kediaman mereka.

Lebih menghiburkan, suri rumah itu turut mencerak kod pengimbas (QR Code) MySejahtera yang mana ia ditampal di pintu rumah dan pintu bilik tidur untuk menambahkan lagi keseronokan beraya.

“Idea cetak QR Code ini anak-anak yang minta. Jadi saya tampal di pintu rumah sera pintu-pintu bilik.

“Saja kami buat suka-suka. Jadi dapatlah rasa suasana ziarah-menziarahi walaupun dalam rumah saja.

“Sebenarnya kesian dekat anak yang paling kecil, umur empat tahun. Dia tak pernah rasa suasana raya.

“Zaman kita dulu, boleh pergi rumah orang, kutip duit raya.. mereka dah dua tahun tk rasa pengalaman itu,” ujarnya.

Menurut Fatihah Balqis, dia bersama suami, Sharul Khairi Ghapar, 36, dan anak-anak berada di rumah dan menonton filem pada 1 Syawal.

Selain itu, mereka turut menikmati juadah yang dimasaknya sendiri termasuklah rendang dan nasi impit bersama kuah kacang.

Dalam pada itu kata Fatihah Balqis, jauh di sudut hari dia berharap agar pandemik C0vid-19 berakhir segera.

“Atuk dan nenek, belah saya dan suami dah tak ada. Memang anak-anak dah lama tak rasa suasana raya. Sebelum C0vid-19, kami biasanya melawat rumah adik-beradik dan saudara mara je la.

“Untuk kali ini, saya ada buat rendang, nasi impit kuah kacang dan lima jenis biskut raya. Anak-anak bosan di rumah, jadi hari raya ni kami akan tengok movie.

“Sama-samalah kita ikut saranan kerajaan, korban sekejap supaya C0vid-19 reda dan kita semua kembali hidup normal.

“Kesian anak-anak, banyak benda terlepas. Harap tahun depan dapat raya betul-betul,” ujarnya yang sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Kisah Fatihah Balqis bersama empat anaknya itu mencuri perhatian selepas ia dikongsi menerusi direct message (DM) mStar pada khamis sebelum temubual dijalankan pada hari sama.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *