“Zaman Sekarang Pelakon Pun Memilih Pengarah,” – Ramai Puji Jeti, Janna Nick Teruja Arah Drama Bintangi Pelakon Hebat

Pelakon dan pengacara, Janna Nick ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong telemovie arahannya yang berjudul Jeti yang telah pun ditayangkan pada hari raya kedua.

Jelas Janna, dia juga berasa amat bersyukur kerana telemovie arahannya itu telah berjaya membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabila Huda, Josiah Hogan dan ramai lagi.

“Thank you kepada yang sudi tengok #Telemoviejeti @jnstudios.ent . It’s such an honor bila pelakon pelakon hebat sudi bekerja di bawah arahan saya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Janna Nick (@jannanick)

“Terharu sangat atas sokongan kalian.

Zaman sekarang bukan penerbit/pengarah je pilih pelakon, pelakon pun memilih pengarah.

“Dapat DOP & crew yang boleh dengar arahan seorang pengarah muda pun dah cukup bersyukur,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Melodi itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Malah, Janna juga berasa sangat terharu kerana memiliki barisan pelakon dan kru-kru yang boleh menghormat!nya sebagai meskipun usianya masih lagi muda.

Dikesempatan itu juga, Janna turut memohon maaf sekiranya telemovie itu mempunyai banyak kekurangan dan dia juga berjanji akan memperbaikinya pada masa akan datang.

“Happy dapat bekerja dengan semua.

Minta maaf atas segala kekurangan.

Terima kasih untuk semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung..

“Sesungguh nya yang buruk tu kelemahan saya sendiri dan yang baik tu semuanya atas izin Allah. I will do better next time,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap telemovie tersebut selain turut berharap agar Janna dapat menghasilkan lebih banyak karya-karya menarik pada masa akan datang.

Sumber: Instagram Janna Nick

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *