Nabila Razali Dan Hafiz Hamidun Sudah Berbaik, Netizen Mahu Janna Nick Dan Sheila Rusly Pula Bersua

Pernah mencuri tumpuan ramai dengan persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), penyanyi Nabila Razali ada menerima ‘komen’ daripada seorang penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun yang mempersoalkan nyanyian beliau.

Namun bersempena Hari Raya Aidilfitri, Nabila dan Hafiz telah muncul dalam rakaman Melodi Raya 2021 episod 1 yang disiarkan di TV3 pada 16 Mei 2021.

Baca artikel berkaitan: Elak Cyberbully, Instagram Nabila Razali Terus Dihujani Kata-Kata Semangat

Kedua-dua penyanyi itu muncul untuk segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih yang mana sesuailah untuk melupakan perkara yang kurang enak terjadi antara mereka.

“Segment Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih juga mempertemukan @nabila.razali dan @hafizhamidun dalam

MELODI RAYA 2021 Episod 1,

16 Mei 2021 (Ahad)

12 Tengahari hanya di TV3 ♥️

#MelodiRaya2021″

Namun pada ruangan komen, ada netizen yang mahu pengacara rancangan itu, Janna Nick supaya berbaik dengan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.

Ini kerana Janna dan Sheila yang dahulunya sangat akrab sudah lama tidak kelihatan bersama.

Bagus juga cadangan itu kerana antara Janna dan Sheila masih menjadi tanda tanya bagaimana hubungan antara mereka.

 

Sumber: Instagram Melodi TV3 dan Hafiz Hamidun

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.hotfm.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *