“My Brother Tunggu Kat Luar Tak Boleh Masuk,” – Misha Omar Men4ngis

Penyanyi, Misha Omar tidak dapat menahan seb4k apabila mengenangkan kesungguhan ahli keluarganya yang tetap setia menghantar juadah raya buatnya meski tidak mampu meraikan Syawal seperti kelaziman atas kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sambil berkongsi menu yang diterima dari abang dan kakak iaitu Mimi Omar yang merangkap pengurus kerjayanya melalui Insta Stories, penyanyi lagu Tanpa Rela ini bersyukur kerana dikelilingi insan yang saling menghargai.

“Tak tahu bila tengok makanan-makanan ni, I jadi sed1h. Kita tengok apa yang dioarang kirim… Ini kiriman my sister, Mimi hantar Nasi Tomato, Ayam Masak Merah. Tu ada Rendang. Terima kasih.

“Abang I, kirim Nasi Impit. Rendang, ada lemang. Ni lauk favorite I, lauk kicap. Jajan kunyah pun ada.

“Bersyukurlah kan ada orang sayang kita. Kesungguhan mereka hantar pakai Lala Move. My brother tunggu kat luar tak boleh masuk…,” katanya lalu menit1skan a1r m4ta.

Difahamkan abangnya tidak dibenarkan masuk ke ruang kawasan kediaman penyanyi berkenaan sebagai mematuhi standard operating procedure (SOP).

Misha pada masa sama turut mengucapkan selamat hari raya buat semua peminat di Instagram.

“I hope you sambut raya dan hargailah orang yang sayang dekat you okay.

“Kawan-kawan yang baik yang selalu doakan dan kongsi rezeki dengan kita. Keep them always in your heart dan dalam doa.

“Selamat hari raya, maaflah emotional pula hari ni,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://resepi.merpatiputeh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *