“Mungkin akan bertiga?” – Gara-Gara Foto Ini, Netizen Syak Neelofa Hamil

Semalam selebriti Neelofa, 32, mencetuskan k.ontroversi lagi apabila dia dan keluarga did.akwa mel.anggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri pada 13 Mei lalu.

Terbaru, Neelofa menjadi perhatian netizen sekali lagi selepas dia bertindak tag nama suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, 26, di bahagian perut menerusi satu foto bersama.

Foto Neelofa dan Haris menggayakan busana berwarna biru ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri itu dikongsi di Instagram (IG) pada Khamis.

Di ruangan komen, ada segelintir pengikut yang perasan lalu berteka-teki dengan tindakan usahawan terkenal itu.

@syxbunga_: Lain macam tag kat perut.

@alyadhamirah: Tag suami kat perut huhu.

@kn5653sj: Mengandung? Tempat dia (Neelofa) tag suaminya memberi petunjuk.

@sofeazainsalman: Mungkin akan bertiga? Amin..

Malah, ada segelintir peminat yang langsung memberi ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan.

“Wah dah mengandung ke? Tahniah,” tulis salah seorang peminat.

Terdahulu, Neelofa dan Haris selamat menjadi pasangan suami isteri pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Bagaimanapun, pasangan tersebut telah dikenakan k.ompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana mel.anggar SOP dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Neelofa (@neelofa)

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *