Nissa Sabyan Dan Ayus Dikhabarkan Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat Tapi…

KHABAR angin semakin bertiup kencang mend4kwa penyanyi kumpulan Sabyan Gambus, Nissa Sabyan bakal mendirikan rumah tangga dengan rakan sekumpulannya, Ayus dalam masa terdekat.

Pernikahan kedua-dua selebriti itu dikatakan akan berlangsung di Masjlis Agama Jakarta Utara selepas genap dua bulan Ayus mencer4ikan isterinya, Ririe Fairus.

Bagaimanapun, Ketua Pejabat Agama (Urusan Nikah), Daerah Pondok Gede, Ahmad Fauzi berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonon borang nikah daripada Nissa dan Ayus.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nissa (@nissa_sabyan)

“Memang sudah banyak gosip yang kami dengar mengenai perkara ini. Sehingga ke hari ini, pihak kami masih belum menerima sebarang pendaftaran nikah atas nama Nissa.

“Itu sahaja yang saya tahu buat setakat ini dan jika ada informasi lebih lanjut, saya akan beritahu nanti,” katanya.

Ahmad turut menjelaskan, pendaftaran pernikahan harus dilakukan 10 hari menjelang hari pernikahan dan setakat ini nama Nissa tiada dalam sistem rekod mereka.

Nissa sebelum ini did4kwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Ayus dengan bekas isterinya.

Ayus dan Ririe sah bercer4i pada Mac lalu dan hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua cahaya mata. – Liputan6

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *